RSS

Mengapa kita dilahirkan sebagai manusia.....

Assalamua'laikum n selamat sejahtera semua.:).

Ana harap semuanya sihat hari ini. Untuk yang tak sihat, makan ubat n rehat cukup-cukup ye.

Today's topic, spt dia atas. Pasti ramai yang pelik dengan tajuk kali ni. Sebenarnya ana terjumpa video di facebook dan ana cuba cari video-video lain di youtube. Rupanya mmg banyak yang seumpama dengannya.


Antara videonya, satu keluarga mencuri, seorang lelaki mencuri bersama rakan wanita, video-video peragut..... and the list goes on. Sebenarnya ana tahu yang perkara-perkara ni mmg terjadi dkt Malaysia, tp kali ni bila nampak video cctv yang jelas menunjukkan masa dan ketika kejadian berlaku, buat ana terfikir...... mengapa Allah cipta manusia.


Jika dilihat pada sejarah, dahulu sebelum datangnya tamadun dan agama pada manusia, mungkin perkara-perkara sebegini sering berlaku. Waktu itu, undang-undang dan hukum tiada. Tapi kini, walaupun semuanya ada, nampaknya manusia tanpa segan silu mengambil benda-benda yang bukan hak mereka.


Ana teringat perjuangan bangsa dahulu. Ketika kita dijajah, semua bersatu dan berusaha untuk Tanah Melayu merdeka. Ramai yang akan kata, penjajah kejam. Penjajah ambil hak orang lain. Penjajah bunuh orang sesuka hati. Tapi kita sekarang? Bukankah ramai orang kita yang ambil hak orang lain. Bukankah ramai orang kita sendiri yang bunuh orang lain sesuka hati. Kalau begitu, apa bezanya kita dengan penjajah? Ana boleh jamin ramai antara kita yang kini rasa tidak selamat duduk di negara sendiri. Jadi adakah kita sebenarnya sudah merdeka?


Setiap hari pasti ada kes-kes yang membuatkan ana rasa muak untuk membaca akhbar. Dan setiap kali itulah ana terfikir, apa yang membuatkan mereka ini sungguh terdesak sehingga berani melakukan jenayah sebegini. Mungkin inilah yang terjadi apabila manusia menghampiri akhir zaman. Walaupun teknologi semakin maju dan negara semakin membangun, manusia pula semakin hilang kewarasan dan pertimbangan.


sumber: petikan akhbar oleh Luqman Hakim Ab. Rahim. Hati ibu yang sedih melihat anaknya dibelasah selepas ditangkap melakukan jenayah ragut.


Hukum Allah

"Sesungguhnya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi (melakukan keganasan merampas dan membunuh orang di jalan ) ialah dengan balasan bunuh (kalau mereka membunuh sahaja dengan tidak merampas), atau dipalang (kalau mereka membunuh dan merampas), atau dipotong tangan dan kaki mereka dengan berselang (kalau mereka merampas sahaja, atau dibuang negeri (kalau mereka hanya mengganggu ketenteraman awam). Hukuman yang demikian itu adalah suatu kehinaan di dunia bagi mereka, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab siksa yang amat besar."
(Surah Al-Ma'idah: 33)



Jadi mengapa manusia diturunkan ke bumi?

“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?”Ketika ini Malaikat sendiri bertanya mengapa Allah ingin menciptakan manusia. Tetapi dengan mudah Allah menjawab, “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.” dalam ayat yang sama.
(al-Baqarah ayat 30)


Peranan kita?

Ana berikan beberapa point yang ana rasa penting untuk kita semua lakukan (terutamanya peringatan untuk diri ana sendiri). Jika ingin menuding jari, mudah saja. Tetapi dalam kes ini, ana lebih suka suarakan perkara yang perlu kita semua lakukan sebagai salah satu usaha untuk menghadapi barah masyarakat ini.

1. Didiklah anak dengan ilmu agama yang mencukupi. Sebelum itu, para ibu bapa dan bakal-bakal ibu bapa perlulah ambil inisiatif untuk belajar cara-cara untuk mendidik anak. (peringatan untuk diri sendiri juga.)




2. Masyarakat perlu lebih peka dan bertanggungjawab. Mari sama-sama kita buang perkataan "biarlah" dari kamus hidup kita. Banyak yang boleh kita atasi jika kita berusaha dengan ikhlas dan sentiasa istiqamah.

Ignorance works a man more harm than a cancer in the body. -Ali ibn Abi Talib (r.a)-


3. Berilah peringatan dalam apa jua bentuk yang kita mampu. Jangan ingat ustaz dan ustazah sahaja yang boleh buat amar ma'ruf nahi munkar. Setiap manusia ada tanggungjawab yang sama. Moga-moga dengan memberi peringatan, Allah akan ampunkan dosa-dosa kita.

Hadis diriwayatkan oleh al-lmam Muslim.
Daripada Abu Sa'id al-Khudrie r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Barangsiapa di kalangan kamu melihat suatu kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan lidahnya. Sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan hatinya. Yang sedemikian itu adalah selemah-lemah iman.



4. Cari ilmu dan terus mencari. InsyaAllah jika kita berusaha untuk melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu yang baik dan bermanfaat, kita dapat bantu sahabat-sahabat atau keluarga untuk sama-sama menuju kearah kebaikan.

Jika saudara-saudari ada pendapat lain, bolehlah utarakan di bahagian komen. :)


Adakah terlewat untuk bertaubat?



Dari La Tahdzan (Don't be SAD) - Chapter 40 (Bahagian Akhir): JGN BERSEDIH, TUHAN MAHA PENGAMPUN & MAHA PENERIMA TAUBAT "Dalam sebuah hadith sahih, Rasulullah bersabda: Allah Tabaaraka wa Ta’ala berfirman: "Wahai anak Adam, selama kalian mahu memohon dan mengharapkan (ampunanKu), tentu akan Aku ampuni semua dosa2 kalian dan Aku tidak peduli (meskipun dosa kalian banyak). Wahai anak Adam, sekalipun dosa2 kalian menupuk setinggi langit, kemudian kaliam memohon ampunanKu,tentu akan Aku ampuni dosa kalian dan tidak Aku pedulikan (meskipun dosa yg kalian kerjakan itu dosa besar). Wahai anak Adam, sekiranya kalian dtg kpdKu dgn dosa sepenuh isi bumi, kemudian kalian mati dgn tdk menyekutukanKu dgn apapun, Aku akan memberikan ampunan sepenuh isi bumi kpd kalian."


PS. My sister is getting married soon!!! congrats to her and her future husband. I wish that Allah will always bless you with the best and may you lead a wonderful married life. :)


Wassalam and have a great day everyone!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 comments:

~mIsS_p00h~ said...

Salam sis~ :)

Akak tunggu turn ana pulak nanti! Hehehe... Agak-agak kalau ade rezeki nak jumpa nanti, ade orang tu dh lagi tinggi dari akak tak? nGeee~~~ ^_^

All d best in ur exam ukies!~
Ke dh abes dh xmnye? :D