RSS

Kenapa kita kene boikot?

Assalamua'laikum.

Nampaknye blog2 lain juga kini tgh hangat menyatakan tentang hal BOIKOT.


Saya akui, boikot bukan cara terbaik. Tetapi apa lagi cara lain untuk kita sebagai pelajar untuk tolong saudara-saudara di Palestine? Dikala kita disini tgh fikir dan cuba rasionalkan sama ada nak boikot ke taknak, mereka disana sedang dibom, diserang, bekalan harian disekat, macam-macam lagi. Jika ada cara lain untuk bantu mereka, sila beri cadangan.

Saya ingin utarakan beberapa pendapat untuk saudara dan saudari sekalian fikirkan.

1. Boikot membuatkan banyak orang hilang pekerjaan?
Ya, saya akui. jika kita boikot sesuatu barangan, atau company, akan ada yang hilang pekerjaan. Tetapi, perlu difikirkan dari sudut yang berbeza. Apabila sesuatu syarikat diboikot, masih ada syarikat lain yang memberikan alternatif untuk barangan yang sama.



Contohnya coca cola. Kini sudah banyak cola-cola yang dikeluarkan syarikat lain. Bila memboikot, bukannya pasaran untuk barangan tersebut akan terus hilang, tetapi pengguna akan beralih pada barangan yang lain. Apabila ini berlaku, syarikat2 tersebut akan mengambil pekerja2 bagi menampung permintaan. Bukankah ini akan menyelesaikan masalah tersebut?. Jika tiada alternatif untuk barangan tersebut, maka timbul peluang untuk menubuhkan satu syarikat baru yang mengeluarkan barangan yang sama. Inilah peluang untuk usahawan-usahawan negara untuk merebut peluang yang ada. Bukankah ini juga dapat menyelesaikan masalah pengangguran?

Lebih baik lagi, income negara akan bertambah dan kita dapat mengurangkan import barangan dari luar.


2. Boikot? banyak barang yang kita guna sekarang ni pon barang2 yang tersenarai. Nak buang ke?
Jangan buang. Jika barangan tersebut sudahpun kita beli, apa guna kita membuangnya sekarang? Bukannya jika kita buang barangan tersebut, wang kita akan dikembalikan. Jika dilihat dalam senarai, banyak lagi barangan lain yang boleh kita boikot.

Senarai yang saya rujuk adalah berdasarkan website : http://www.inminds.com/boycott-brands.html.

Contohnya kita suka coca cola, apa kata beralih pada cola keluarkan tempatan. (Contohnya di kampung belah ayah saya di Perak, ada Bota Cola keluaran tempatan. hehhe.. rasanya sama je pada saya.)


Contoh 2. Suka coklat? Sila pegi ke kedai or supermarket. Sila jalan ke bahagian coklat-coklat (mesti tau kan bahagian coklat tu kat mana. hehe) . Banyaknye coklat!!!!! (yang selain nestle? banyak lagi...cadbury, mars,hershey, yang tempatan punya pon ade. yang bentuk2 bola, bentuk duit, banyak rasanye.... nyum nyum...hehehe..tiba-tiba macam nak makan coklat pulak)

Untuk mereka yang merokok, mungkin ini salah satu masa untuk mula berhenti. Kerana rokok yang anda beli itu sebahagian profitnya diberikan kepada Israel. Merokok merbahaya pada kesihatan. Saya cuma nak ingatkan sebab saya sayang kawan-kawan saya. Jika ada yang masih tak tergerak atau terdetik untuk berhenti sekarang, silalah fikirkan kesihatan anda.


3. Kene boikot semua ke skarang????

Jika mampu, kenapa tidak? Tapi untuk kita yang baru mula untuk memboikot, jangan bersedih. Mulakan perlahan-lahan. Contohnya, kini saya sudah tak membeli coca cola. itu langkah pertama yang saya mulakan sejak 2 tahun lalu. Walaupun vanilla coke tu sedap...huhu..tapi setiap kali tengok, tahan nafsu untuk beli. Lepas tu last-last beli susu or jus.....sedap jugak. heheh.

Macam barang-barang berjenama, tak beli pon dari dl...sebab rasa macam tak mampu. Beli yang murah-murah sudah.


Meggie? Alamak, saye pon ade lagi 4 paket meggie kat depan. Tp takde la nak buang. Habiskan saja jika sudah dibeli. Tetapi, lepas ni kene la beralih pada yang lain. Jika balik rumah pon mesti ada stok meggie yang dibeli keluarga, tanak makan ke? makan je, tapi setiap kali balik, belikan mee segera jenama lain, cari yang sedap-sedap. Letak kat rumah.


Saya agak terkejut bila tgk National Geographic ada tersenarai. (Dalam hati : TIDAK!!!!) Mungkin saya masih akan tgk national geographic di TV,. Sebab selalunya channel-channel lain tak dapat menambat hati. Sungguh tak berilmiah. huhu. Mungkin boleh boikot majalahnya. Jangan beli majalah national geographic. Readers digest pon bagus juga. (tak tau readers digest ada dalam list boikot atau tidak)



Ada kereta? Guna ambi pur? ooo...patut la wangi... Tapi kalau guna yang lain tak wangi ke? Rasanye letak sabun sebiji dalam kereta pon boleh wangi. hehehe.

Jadi sekarang?
Jadi ape lagi? boikot la...huhu. Usahlah kita susahkan benda yang senang. Rasanya tak perlu nak fikir lebih lebih. Boikot bukan hanya usaha seorang saja, tetapi ianya akan berkesan apabila kita lakukan bersama-sama.


MARI KITA MULAKAN PERANG EKONOMI!!!!!!!

Saya yang masih kurang pengetahuan. Jika ada silap dan salah, harap diperbetul dan dimaafkan. Ini sekadar pendapat dan pandangan sahaja.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 comments:

nadrah said...

pandai adik kakak! ;)