Assalamua'laikum
Marilah sama-sama kita bangun dari mimpi indah kita. Dalam dunia kita yang serba mudah, tak ramai yang peka tentang keperitan hidup orang-orang yang kurang berkemampuan.
Memang betul, usaha boleh mengeluarkan hidup kita dari kedaifan dan kesusahan. Namun kadang-kala ada insan yang berusaha gigih, namun mereka masih kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Pekerjaan yang dilakukan ditambah dengan hasil tanaman yang mereka usahakan tidak mampu untuk menampung kehidupan mereka seharian. Apatah lagi ditengah-tengah kancah politik negara yang tidak stabil. Sesetengah pemimpin lupa akan tanggungjawab mereka yang sepatutnya membela dan membantu nasib rakyat. Dikala YB dan Dato' boleh hidup senang di rumah bak mahligai, orang-orang kampung mereka tidak tentu semuanya telah keluar dari kancah kemiskinan. Bukan semua pemimpin kita sebegitu, namun tidak dinafikan bahawa masih ramai yang kurang peka walaupun itu adalah kawasan pimpinan mereka.
Bersyukurlah kita jika kita masih mampu untuk menyara kehidupan kita dan keluarga. Kerana sesungguhnya itu adalah anugerah dari Allah dan anugerah itu sepatutnya untuk kita kongsi bersama. Kepada golongan yang masih struggling untuk menyara kehidupan, teruskan usaha dan tambahkan amalan. Sesungguhnya Allah tidak menurunkan ujian kepada hamba-hambanya jika mereka tidak mampu menanggung ujian itu.
Jom kita sama-sama berkongsi nikmat yang Allah berikan. Besar jasa seseorang yang membantu jiran tetangganya.
Salam perjuangan.
Berkongsi itu lebih baik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment